Umum
Bagaimanakah cara menggunakan Portal EPay?
Sila rujuk pautan di bawah untuk butiran lanjut dan panduan menggunakan Portal e-Pay.
Apakah kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk Portal Epay?
Kaedah bayaran yang boleh digunakan untuk Portal EPay adalah seperti berikut:
1) Kad kredit/debit (Visa/Master Card)
2) FPX
3) E-Wallet
4) Razer Cash@7Eleven . Klik SINI untuk kaedah pembayaran melalui Razer Cash.
Apa itu pengesahan 3D Secure?
Pengesahan 3D
Secure adalah protokol keselamatan yang direka untuk mengelakkan penipuan
dalam transaksi kad kredit dan debit secara dalam talian. Langkah keselamatan
tambahan ini disediakan oleh Visa dan MasterCard.
Bagaimana saya boleh mengetahui jika kad saya mempunyai pengesahan 3D Secure?
Jika kad
anda dilengkapi dengan pengesahan 3D Secure, anda akan diminta untuk
melalui langkah pengesahan tambahan semasa transaksi dalam talian. Langkah ini
melibatkan kemasukan PIN khas atau penggunaan pengesahan biometrik.
Bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah pengesahan 3D Secure?
Sekiranya anda menghadapi masalah pengesahan 3D Secure, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Semak
kesahihan kad anda, pastikan butiran adalah tepat dan baki akaun
mencukupi.
- Pastikan
pelayar web anda membenarkan paparan pop-up.
- Hubungi
bank atau pengeluar kad anda untuk mengaktifkan transaksi dalam talian
antarabangsa dan pengesahan 3D Secure.
- Pertimbangkan
untuk menggunakan kad lain bagi transaksi tersebut.
- Sebagai
alternatif, anda boleh menggunakan kaedah FPX jika mempunyai akses kepada
sistem perbankan dalam talian Malaysia.
Apakah yang perlu saya lakukan jika tidak menerima Resit Rasmi walaupun akaun bank saya telah dipotong?
Sistem akan menjana semula resit yang tidak berjaya setiap 1 jam.
Anda boleh mencetak semula Resit Rasmi melalui cara berikut:
1. Carian Bayaran
Menu: Perkhidmatan > Semakan Bayaran > Carian Bayaran
2. Sejarah Bayaran / My Payment History
Menu: Perkhidmatan > Semakan Bayaran > Sejarah Bayaran
3. Notifikasi yang dihantar melalui email yang didaftarkan semasa membuat bayaran.
Apakah yang perlu dilakukan jika saya memerlukan bantuan lanjut mengenai penggunaan Portal Epay?
Sila hubungi Section Tunai melalui:
(1) Telefon: +603-7967 7043 / 7927 / 3466
Isnin - Jumaat dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang
(kecuali Cuti Umum)
(2) E-mel: bursar_cash@um.edu.my
Apa yang perlu saya lakukan jika menerima notifikasi 'Pembayaran Tidak Berjaya' selepas pembayaran?
- Periksa jika transaksi tersebut telah dipotong daripada akaun bank anda. Sila buat bayaran semula setelah anda pasti bahawa tiada pemotongan telah dibuat.
- Sebagai alternatif, emailkan butiran bayaran anda ke bursar_cash@um.edu.my untuk semakan status bayaran.