Projek Wakaf Khas Ambulans
Terdapat sebuah sahaja ambulan yang sedia ada di Universiti Malaya (UM) yang dibeli pada tahun 2011 dan kini usia ambulan tersebut telah mencecah 12 tahun. Ambulan tersebut telah dimanfaatkan oleh pesakit di klinik UM yang terdiri daripada pelajar dan staf UM dan kini keadaannya telah uzur dimamah usia.