Cara Penggunaan

Pengenalan

Pelaksanaan Wakaf Universiti Malaya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Pendidikan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JWP-MAIWP) Bil 1 Tahun 2018 yang telah bersidang pada 10 Oktober 2018.

Pelantikan Universiti Malaya (UM) sebagai mutawalli bagi pelaksanaan wakaf berkuatkuasa dari tarikh Perjanjian Wakaf Pendidikan antara MAIWP dan UM yang telah ditandatangani iaitu pada 13 Mac 2019.

Objektif

1. Membolehkan UM menjana pendapatan sendiri menerusi kutipan wakaf.

2. Membantu para pelajar dan staf UM serta pesakit di PPUM yang memerlukan bagi mengatasi kos kehidupan (cost of living).

3. Membiayai aktiviti-aktiviti akademik dan pembangunan fizikal melibatkan pengajian, penyelidikan, penerbitan, perubatan dan lain-lainnya.

4. Memberi peluang kepada masyarakat supaya dapat terlibat sama dalam Wakaf Universiti Malaya sebagai pewakaf (waqf donor atau waqif).

Pengurusan

Wakaf Universiti Malaya diuruskan oleh Bahagian Perancangan Kewangan, Jabatan Bendahari.

Urusan wakaf, pelaburan dan pembangunan harta-harta yang diwakafkan melalui proses penelitian oleh Jawatankuasa Wakaf Universiti Malaya dan pemantauan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang merupakan pemegang amanah tunggal harta wakaf menurut undang-undang negara.

Cara Penggunaan

1.

Pilih Wakaf

Pewakaf memilih kategori wakaf iaitu wakaf am, khas atau harta.

2.

Buat Bayaran

Pewakaf membuat bayaran secara atas talian.

3.

Selesai

Terima resit dan pembayaran selesai.

+
Bilangan Projek
+
Bilangan Penyertaan
+
Bilangan Pewakaf
RM +
Wakaf Diterima