Sumbangan wakaf boleh dibuat melalui saluran berikut:
- E-pay@UM(https://epay.um.edu.my/)
- Potongan Gaji (Staf UM sahaja)
Had minimum untuk Wakaf Universiti Malaya adalah RM10.
Orang bukan Islam adalah dibolehkan untuk berwakaf dan sah penerimaan
tersebut.
Penerima manfaat wakaf juga boleh terdiri daripada orang bukan Islam
selama mana ia tidak bertujuan untuk melakukan maksiat.
Wakaf adalah
juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) di mana harta itu
perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan
selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan
wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang
wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi
masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala akan terus mengalir.
InsyaAllah. Manakala,
sedekah adalah ibadah yang dilakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk
ketika bersedekah. Contohnya, jika bersedekah wang kepada seorang peminta
sedekah dan dia menggunakan wang itu untuk membeli makanan, maka pahala
bersedekah hanya setakat di situ sahaja. |
Badan korporat boleh menyumbang melalui portal E-pay@UM (https://epay.um.edu.my/). Jika jumlah
sumbang besar dan memerlukan liputan media, pihak badan korporat tersebut boleh
menghubungi Sekretariat Wakaf Universiti untuk bantuan.